Selamat pagi :),

Cik bantal pasti ramai diluar sana yang mempunyai masalah berdengkur samada pasangan ataupun berlaku pada diri sendiri.tidak terkecuali cik bantal ni haa..hehe.Jadi kepada sesiap yng malu nak jumpa doktor boleh la dapatkan info serba sedikit pasal penyakit 'ngorok' ni..

Apa itu berdengkur?

Berdengkur adalah bunyi bising semasa bernafas, apabila sebahagian daripada saluran pernafasan atas seseorang tersumbat. Ia berlaku apabila terdapat sekatan pada aliran udara didalam saluran pernafasan di bahagian belakang mulut dan hidung seseorang.
Bunyi itu dikeluarkan apabila tisu di bahagian atas saluran pernafasan bergesel dan bergetardi antara satu sama lain. Berdengkur bertambah kerap mengikut umur dan biasanya tidakmembahayakan.

Sebab-sebab berdengkur
1)Lemah otot-otot pada lidah, lelangit lembut dan tekak. Apabila otot tidak tegang akibat arak atau ubatan yang menyebabkan otot lemah, lidah akan tertolak ke belakang, menutupi aliran udara atau otot tekak tertarik masuk ke dalam tekak dan menyekat salur pernafasan atas. Juga berlaku semasa waktu tidur yang nyenyak.

2)Tisu tekak yang besar dan tebal. Kanak-kanak yang mempunyai tonsil dan tisu adenoid yang membengkak selalunya berdengkur. Orang yang berlebihan berat badan dan mempunyai leher yang pendek dan besar.

3)Lelangit lembut dan uvula (anak tekak) yang panjang. Uvula yang panjang akan mengecilkan rongga pembukaan dari hidung ke tekak. Getaran yang berlebihan dari tisu ini akan mengakibatkan dengkuran.

4)Saluran pernafasan tersekat. Hidung yang tersumbat dan sukar bernafas menyebabkan
individu lebih kerap menyedut udara untuk bernafas. Ini mengakibatkan ruang vakum yang berlebihan di dalam tekak, dan mengakibatkan tisu tekak yang lembut tertarik ke dalam dan mengakibatkan dengkuran. Antara sebab lain adalah batang hidung yang bengkok, polip dan jangkitan sinus.

Pencegahan
Petua untuk mengurangkan dengkuran:


• Kurangkan berat badan jika anda mengalami masalah berat badan berlebihan
• Kurangkan pengambilan arak(bagi yang minum) atau ubatan yang mempunyai kesan
mengantuk pada waktu tidur
• Cegah pengambilan tranquilizer, pil tidur dan antihistamina sebelum tidur
• Elak pengambilan arak sekurang-kurangnya 4 jam dan mengambil makanan berat atau
ringan dalam tempoh 3 jam, sebelum berehat
• Amalkan tidur pada waktu yang tetap setiap hari
• Utamakan posisi tidur mengiring daripada posisi terlentang
• Tinggikan kepala katil anda lebih kurang 4 inci ke atas supaya posisi kepala lebih
tinggi dan lidah tidak tertolak ke belakang

Semakan akhir: 28 April 2008

"All my life, I always wanted to be somebody. Now I see that I should have been more specific."