Berjumpa lagi kita pada hari ini,alhamdulillah sihat hendaknya sahabat2 saya diluar sana.ada yang bertanya kepada saya berkaitan ubat tidur ni haa..sedikit yang boleh saya kongsi bersama (cik bantal cuma kongsi ilmu didado, lebih2 x tau yoo) mungkin ada sesetengah orang memerlukan ubat yang membolehkan dirinya tidur dengan lena seperti mengambil ubat batuk, pil selsema, ubat penenang dan tak terkecuali pil tidur.saya lebih bertumpu tentang pil tidur kerana pengambilan pil tidur yang kronik boleh menjejaskan refleks ketika sedar, upaya penilaian, upaya ingatan dan kecerdasan keseluruhannya. Ironinya, pengguna pil tidur menyangka ia membantu membetulkan rutin malam mereka sedangkan ia sebenarnya menambahkan kesan buruk.
Pil tidur hanya membantu sedikit atau mungkin secara tidak langsung memperbaiki masalah tidur yang kronik sebaliknya, ia menyebabkan kebergantungan kimia untuk jangka masa panjang. Selain mengurangkan aktiviti sel otak pada siang hari, ia juga merosakkan memori jangka pendek dan mengakibatkan rasa pening dan mabuk.
Seseorang yang terlebih dos pil tidur untuk jangka masa yang lama bukan sahaja merosakkan mekanisme saraf dalam tubuh, malah berisiko mendapat asfiksia (lemas akibat oksigen tidak dapat disampaikan ke tisu tubuh) dan juga boleh mampoih.
Mereka yang berusia lebih daripada 40 tahun perlu berhati-hati dengan pengambilan pil tidur, manakala mereka yang berumur lebih daripada 65 tahun tidak patut mengambilnya. Sama seperti kesan alkohol atau barbiturat(gi cari kamus negok), pil tidur mencetus kesan hipnotik dan ketagihan yang berpanjangan.
Seterusnya ia merendahkan tahap kesedaran seseorang terhadap rasa sakit atau kemungkinan buruk. Sebab itulah pengguna pil tidur menyumbang kepada statistik kemalangan lalu lintas dan kes jatuh dari tempat tinggi kerana tidak berasa bimbang atau mahu menjaga diri mereka.
*Kadang2 Cik Bantal belasah gak ubat alahan..kalau tidak 24 jam berosin lopeh pekena belacan..adoi sekso..Jadi saudaro/saudari boleh tuka caro nak tido..klau dapat orang dodoikan lagu barang sepapan duo..copat jo lolap mato tu..alahai..:)

0 comments:
Post a Comment